Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    12 maut akibat ribut di Eropah

    LONDON, 20 FEB – Anggota kru mengalihkan pokok yang tumbang dan berusaha memulihkan bekalan elektrik kepada kira-kira 400,000 penduduk di Britain ketika Eropah Barat menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas salah satu ribut paling teruk dalam beberapa tahun semalam.

    Sekurang-kurangnya 12 orang maut, kebanyakannya akibat pokok tumbang, di Ireland, Britain, Belgium, Belanda dan Jerman. Dinamakan sempena Ribut Eunice oleh perkhidmatan cuaca Britain, dan Ribut Zeynep di Jerman, ribut pada Jumaat merupakan yang kedua melanda rantau tersebut dalam seminggu.

    Angin kencang merobohkan pilin sebuah gereja di Wells, barat daya England, menerbangkan sebahagian bumbung O2 Arena di London dan menumbangkan pokok-pokok serta memusnahkan bangunan di beberapa kawasan.

    Persatuan Kereta Api UK berkata ‘laluan di kebanyakan Britain’ masih terjejas akibat cuaca pada pagi semalam, dengan gangguan masih berterusan sepanjang hari.

    Ribut juga membunuh tiga orang di Jerman, termasuk seorang lelaki yang terjatuh semasa dia membaiki bumbung yang rosak dan seorang pemandu di mana keretanya merempuh
    sebatang pokok yang telah tumbang di jalan raya.

    Di barat laut bandar Bremen, kren setinggi 55 meter menghempap sebuah bangunan pejabat yang belum siap.

    Kerja pembersihan juga dilancarkan di Belanda, di mana empat orang terbunuh ketika Eunice melanda negara itu pada Jumaat. – AP

    Sven Good melihat keluar dari jendela bilik tidurnya pada kerosakan berpunca daripada pokok oak berusia 400 tahun yang tumbang di laman akibat ribut di Stondon Massey, berhampiran Brentwood, Essex, England pada 19 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...