12 maut bas terbalik di lebuh raya Mesir

KAHERAH, 5 SEPT – Sekurang-kurangnya 12 terbunuh manakala 34 lagi penumpang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya Mesir hari ini.

Menurut sumber pihak perubatan dan keselamatan, kemalangan berlaku apabila bas sarat penumpang dalam perjalanan dari kawasan peranginan terkenal di Laut Merah, Sharm El-Sheikh, terbalik. Menurut sumber, semua mangsa yang cedera dikejarkan ke bandar pelabuhan di Suez untuk menerima rawatan. Pihak berkuasa bagaimanapun sehingga kini belum mendedahkan mengenai punca kemalangan yang berlaku di kira-kira 110 kilometer di timur ibu negara Kaherah. – AFP