ROM, 23 MEI – Sebanyak 12 orang terbunuh dan dua kanak-kanak cedera parah hari ini selepas sebuah kereta kabel terhempas jatuh ke tanah di lereng sebuah gunung di utara Itali, menurut perkhidmatan kecemasan.
Kemalangan berlaku di bandar peranginan Stresa, yang terletak di pinggir Tasik Maggiore di rantau Piedmont.
“Jumlah sementara adalah 12 maut dan dua cedera’ yang dikejarkan ke sebuah hospital pediatrik di bandar Turin, beritahu jurucakap perkhidmatan kecemasan Walter Milan kepada AFP.
Gambar daripada perkhidmatan bomba menunjukkan serpihan daripada kabin berselerakan di kawasan hutan di mana cerun curam menyukarkan akses ke tapak kemalangan.
Perjalanan kereta kabel selama 20 minit, popular dengan pelancong, menghubungkan Stresa dengan kemuncak gunung Mottarone setinggi 1,500 meter, yang menawarkan pemandangan Alp yang menakjubkan.
Kemalangan, yang berlaku kira-kira 300 meter dari puncak gunung, mungkin disebabkan kabel terputus di atas sistem, kata agensi berita Ansa.
Sistem kereta kabel itu ditutup antara 2014 hingga 2016 untuk kerja penyelenggaraan. – AFP
