JAKARTA, 10 Feb – Dua belas orang warga Indonesia, termasuklah tiga orang kanak-kanak terbunuh di pulau percutian, Bali selepas kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat yang melanda beberapa buah kampung, menurut seorang pegawai hari ini.
Beberapa buah rumah juga terbakar dan rosak teruk dalam kejadian itu, yang berlaku semalaman dari Khamis hingga Jumaat di daerah Kintamani di tengah Bali.
“Hujan lebat turun sepanjang hari semalam dan mengakibatkan tanah runtuh di tiga buah kampung dan 12 orang telah terbunuh,” kata jurucakap agensi bencana Sutopp Purwo Nugroho.
Tiga orang kanak-kanak, berusia setahun, tujuh dan 10 tahun juga menjadi korban di dua buah kampung itu. lima orang cedera, tiga dari mereka cedera parah.
Para pegawai bencana tempatan berkata penduduk-penduduk kampung telah dipindahkan dari kawasan-kawasan yang terjejas, jauh dari peranginan pantai popular, selatan Bali dan tidak siapa pun dipercayai hilang.
Kejadian tanah runtuh dan banjir adalah lumrah berlaku di seluruh kepulauan Indonesia ini, terutamanya ketika musim hujan berbulan-bulan lamnya yang berkemuncak pada bulan Januari dan Februari. – AFP