CAPE TOWN, 16 April – Sebuah bas yang membawa puluhan penumpang terbalik kelmarin di wilayah Afrika Selatan KwaZulu-Natal, membunuh sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan 13 yang lain, kata pihak berkuasa.
Pemandu dipercayai hilang kawalan terhadap kenderaan itu, menyebabkan kemalangan, Jabatan Pengangkutan di KwaZulu-Natal berkata. Polis berkata, punca kemalangan itu juga berkemungkinan disebabkan keletihan.
Afrika Selatan mengalami jumlah yang tinggi bagi pergerakan trafik dan bilangan yang memuncak daripada kemalangan jalan raya sempena hari-hari percutian tatkala orang ramai melancong ke tempat-tempat ibadat dan destinasi lain, Presiden Jacob Zuma berkata dalam satu mesej sempena Hari Easter.
“Oleh itu, kami ingin merayu kepada semua pengguna jalan raya untuk memandu dengan berhati-hati, mengambil rehat secukupnya apabila letih. Pemandu juga mesti mematuhi peraturan jalan raya dan menghormati pengguna lain sepanjang masa,” kata Zuma.
Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS), dengan sokongan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang lain, jabatan dan pihak berkepentingan kerajaan, telah meningkatkan pemerhatian dan peningkatan operasinya dalam tempoh cuti sempena Hari Easter.
Seramai 156 orang maut di jalan raya Afrika Selatan semasa cuti berkenaan tahun lepas.
Afrika Selatan adalah antara negara yang mempunyai kemudahan jalan raya yang tertinggi. Negara ini mencatatkan lebih daripada 700,000 kemalangan setahun secara purata, dengan tiga kanak-kanak mati setiap hari dalam kemalangan jalan raya, menurut Perbadanan Pengurusan Trafik Jalan Raya. – Xinhua