KINSHASA, 24 MEI – Puluhan pelombong haram terkorban apabila lombong emas sementara runtuh di utara Republik Demokratik Congo, lapor radio PBB, Okapi hari ini.
Kemalangan berlaku sekitar tengah hari pada Sabtu dekat Bondo di wilayah Uele, laporan itu memetik timbalan serantau, Eddy Pascal Sinango sebagai berkata.
“Seramai 17 orang telah memasuki syaf emas di sebuah kuari yang ditutup oleh pegawai lombong Januari tahun lalu,” kata Okapi dalam rujukan kepada bencana terbaharu.
Tanah runtuh membunuh 10 orang serta-merta, sementara enam cedera, manakala dua lagi terkorban selepas dibawa ke hospital, tambahnya.
Okapi memetik Radio Tele Uele, insiden sama berlaku pada Sabtu sekitar 55km dari Bondo meragut nyawa seorang pelombong selepas dia kembali ke syaf untuk mengambil pamnya selepas hujan mulai turun.– AFP