Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    12 maut struktur runtuh di India

    LUCKNOW, 16 SEPT – Dua belas orang maut dan ramai cedera apabila hujan lebat membanjiri ratusan buah rumah, menjejaskan bekalan tenaga dan meruntuhkan struktur-struktur di utara India, menurut pegawai hari ini.

    Sekolah-sekolah ditutup di Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh di mana pejabat meteorologi merekodkan 35 milimeter turunan hujan dalam masa 24 jam lalu, kata Timbalan Ketua Menteri Negeri, Brijesh Pathak.

    Sebuah tembok runtuh di kawasan setinggan yang diperbuat daripada kepingan politena dan lumpur awal hari ini di kawasan Hazratganj sekitar ibu negeri, menimpa pondok di mana buruh sedang tidur. Sembilan mati di tempat kejadian dan tiga yang lainnya dirawat di hospital, kata Pathak.

    Di Unnao, sebuah bandar 40 kilometer ke barat daya Lucknow, tiga lagi terbunuh apabila sebuah rumah runtuh susulan hujan lebat, tambahnya.

    Awal bulan ini, kehidupan juga terjejas di bandar selatan Bengaluru, India selepas hujan lebat dua hari, mengakibatkan kesesakan lalu lintas, gangguan bekalan kuasa yang meluas dan banjir deras yang menghanyutkan rumah serta menenggelamkan jalan-jalan.

    Monsun hujan di Asia Selatan lazimnya bermula pada Jun, namun tahun ini, hujan lebat melanda timur laut India dan Bangladesh bermula Mac, mencetuskan banjir seawal April di Bangladesh.

    Musim monsun berakhir pada Oktober meragut ratusan nyawa manakala berpuluh-puluh lagi kehilangan rumah setiap tahun di benua itu. – AP

    Seorang wanita berjalan di atas tembok runtuh susulan hujan lebat di Lucknow, di negeri utara, Uttar Pradesh, 16 September. Tembok itu runtuh menimpa pondok tempat buruh tidur, membunuh sembilan orang. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...