Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    12 maut tembok kilang garam runtuh

    NEW DELHI, 18 MEI – Sebuah tembok di kilang pembungkusan garam runtuh di barat India hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 12 orang pekerja dan mencederakan 13 yang lain, menurut pihak kerajaan.

    Pekerja-pekerja yang mengisi garam ke dalam beg ditemui tertimbus di bawah runtuhan tembok di kilang yang terletak di daerah Morbi, 215 kilometer barat Gandhinagar, ibu negeri Gujarat, kata pegawai daerah, J.B Patel.

    Seramai 13 orang pekerja mengalami kecederaan, kebanyakan mereka mengalami retak tulang namun tidak mengancam nyawa, kata Patel.

    Dia juga berkata usaha menyelamat hampir selesai.

    Butiran selanjutnya mungkin tidak akan dikongsikan.

    Pihak berkuasa masih menyiasat punca runtuhan tembok.

    Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan kejadian tersebut sebagai memilukan dan mendoakan mangsa yang tercedera cepat sembuh.

    Kejadian bangunan runtuh sering berlaku di India di mana kebanyakan bangunan tidak dibina dengan baik dan menggunakan bahan yang kurang berkualiti.

    Satu kejadian bangunan runtuh pada 2013 meragut sekurang-kurangnya 72 nyawa di Mumbai. – AP

    Anggota polis memeriksa kilang pembungkusan garam selepas kejadian tembok runtuh di daerah Morbi.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...