12 mayat ditemui dibuang di Mexico

COATZACOALCOS, MEXICO, 19 JAN – Sebanyak 12 mayat yang mempunyai tanda-tanda penyeksaan ditemui dibuang di wilayah timur Mexico yang dicemari oleh keganasan yang berkaitan dengan kumpulan, kata pihak berkuasa semalam.

Siasatan dilancarkan selepas penduduk menemui mayat pada malam Ahad di El Amate di negeri Veracruz, kata pejabat keselamatan awam wilayah itu.

Keadaan dan identiti mayat tidak jelas.

Namun, sumber Pengawal Nasional memberitahu AFP dengan syarat tidak mahu identi-tinya didedahkan bahawa m-reka dipercayai penculik yang dibunuh oleh kumpulan pertahanan tempatan. – AFP