Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    12 Muslimah ikuti bengkel sempurna jenazah

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 25 MEI – Siri Bengkel Menyempurnakan Jenazah bagi Kelas Bimbingan Muslimah Masjid diteruskan lagi hari ini dengan penyertaan seramai 12 orang Muslimah dari Daerah Temburong.

    Bengkel anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah diadakan di Masjid Kampung Labu Estate, Daerah Temburong dan dikendalikan dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong dan ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan.

    Bengkel tersebut disampaikan oleh dua orang penggapai iaitu Dayang Nor Hidayati binti Haji Mohd Yunus dan Dayang Suzaimah binti Mohd Jacky selaku pemudah cara bengkel.

    Bengkel diadakan adalah untuk menambahkan lagi pengetahuan para Muslimah yang menyertai bengkel tersebut melalui penerangan secara teori dan praktikal mengenai tatacara pengurusan dan penyempurnaan jenazah.

    Di samping itu, ia juga untuk meningkatkan keyakinan para peserta bengkel dan berani untuk mengendalikan pengurusan jenazah dengan betul.

    Bengkel juga dihasrat untuk menarik minat para Muslimah masjid untuk menubuhkan kumpulan penggapai di masjid-masjid sekali gus memudahkan orang ramai untuk mendapatkan khidmat penggapai bagi menyempurnakan jenazah terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

    Ia juga bertujuan untuk menggalakkan penglibatan para Muslimah dalam hal ehwal kemasyarakatan secara aktif dan sukarela.

    Bengkel ini juga diharap untuk menggalakkan penglibatan badan bukan kerajaan dalam program ilmu dan kemasyarakatan yang dikendalikan oleh masjid.

    Bengkel seumpama ini akan diteruskan lagi ke daerah yang lain mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Para Muslimah yang hadir mengikuti bengkel tersebut di Daerah Temburong.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...