Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 negara sertai Festival WAU Dunia Perlis

    KUALA PERLIS, 19 Feb – Lebih 30 peserta dari 12 negara menyertai Festival Wau Dunia Perlis 2018 yang diadakan di Trek Kurung Tengar di sini, selama tiga hari bermula Sabtu lepas.

    Setiausaha Persatuan Wau Tradisi dan Moden Perlis, Muhammad Jamaludin Ahmad, yang juga merupakan penganjur festival itu, berkata peserta yang mengambil bahagian adalah dari Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, China, Jerman, India, Perancis, Poland, Sweden, Jepun dan Malaysia.

    “Kesemua peserta mempamerkan pelbagai jenis dan bentuk wau. Festival ini kali kedua diadakan di Perlis dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

    Beliau berkata penganjuran festival itu juga adalah sebahagian daripada aktiviti bersempena musim angin Timur di Perlis.

    “Pelbagai jenis wau ada, misalnya kalau di Perlis wau helang sangat diminati ramai, di Kedah wau jala budi dan Kelantan wau bulan.

    “Selepas festival ini berakhir petang ini, kesemua peserta ini akan ke Satun, Thailand untuk membuat pertunjukan di sana dan kemudiannya ke Langkawi,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda