Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 pasukan badminton SKBD bakal bersaing

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    Gambar oleh Khairil Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Dua belas pasukan akan berentap di dalam acara Sukan Badminton pada Kejohanan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) Ke-3 2017.

    Sehubungan dengan itu, satu perjumpaan di kalangan pengurus dan perwakilan pasukan diadakan di Bilik Hijau, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

    Majlis berkenaan dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Badminton Brunei Darussalam, Haji Jamal Haji Kahar.

    Antara pasukan yang bakal berentap di dalam acara sukan kebangsaan itu adalah Pasukan Daerah Brunei dan Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong, Daerah Temburong, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB), Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Sekolah Sukan Brunei Darussalam, Gabungan Syarikat Telekomunikasi, Gabungan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSJV), Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan Persatuan Bank Brunei Darussalam.

    Mesyuarat antara pengurus-pengurus dan perwakilan pasukan Kejohanan SKBD Ke-3 bagi acara Sukan Badminton tersebut telah dipengerusikan oleh Haji Jamal.
    Mesyuarat antara pengurus-pengurus dan perwakilan pasukan Kejohanan SKBD Ke-3 bagi acara Sukan Badminton tersebut telah dipengerusikan oleh Haji Jamal.

    Sebanyak 12 buah pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan, antaranya ialah MS ABDB, BSJV dan Daerah Belait di dalam Kumpulan A. Manakala Daerah Temburong, RB dan KGSTB dalam Kumpulan B. Dalam Kumpulan C pula diisi oleh Pasukan Daerah Brunei dan Muara, BAB dan IPT. Daerah Tutong dan MS PDB pula diundi dalam Kumpulan D.

    Dua belas pasukan ini akan menyertai dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Perempuan, yang mana akan berlangsung di Bangunan Pusat Belia di ibu negara bermula pada 20 hingga 24 Mac ini nanti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda