Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    12 terkorban, 2 hilang banjir di Colombia

    BOGOTA, 8 APRIL – Hujan lebat dan banjir telah mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang di kem perlombongan di kawasan pergunungan di barat laut Colombia, dengan dua lagi dilaporkan hilang dan lebih banyak kerosakan dijangkakan, menurut pihak berkuasa kelmarin.

    Banjir di Abriaqui, Antioquia mengejutkan sekumpulan pelombong ketika mereka sedang menikmati makan malam pada malam Rabu, kata datuk bandar Hector Urrego kepada rangkaian televisyen tempatan.

    “Mereka sedang menikmati makan malam, beberapa orang lagi bersiap untuk berehat, yang lainnya meninggalkan tempat kerja semasa banjir berlaku di lombong emas El Porvenir,” katanya.

    “Kami menemui 12 mayat dan dua masih hilang,” tambahnya.

    Kejadian banjir merosakkan satu paras kem perlombongan serta beberapa kawasan lain, menurut kerajaan Antioquia.

    Usaha mencari mangsa hilang tertunda sehingga awal pagi ini disebabkan cuaca buruk, kata pegawai penyelamat.

    Urrego menambah 20 buah keluarga dipindahkan dari bandar berhampiran disebabkan risiko berlakunya satu lagi kejadian banjir, dengan beberapa sungai di sekeliling Ariaqui dikhuatiri melimpahi tebingnya.

    Beberapa jalan di kawasan pedalaman tidak dapat dilalui kerana tanah susur. Presiden Ivan Duque meluahkan ‘solidariti dengan keluarga mangsa’ melalui Twitter.

    “Agensi menyelamat sudah berusaha dalam operasi mencari mereka yang hilang,” kata presiden. Setakat musim hujan ini, 17 orang terkorban dalam kejadian banjir di Antioquia, menurut pihak berkuasa tempatan. – AFP

    Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan pelombong keluar daripada kawasan yang terjejas akibat tanah susur selepas hujan lebat dan banjir melanda Abriqui, Antioquia, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...