Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    12 warga Hotel Higher ikuti Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Seramai 12 orang pegawai dan kakitangan Hotel Higher telah mengikuti Kursus Marsyal Bomba yang berlangsung selama tiga hari di hotel berkenaan, baru-baru ini.

    Semasa kursus dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) itu, para peserta telah didedahkan mengenai
    pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal serta menjalankan latihan praktikal inhouse firedrill.

    Para peserta turut mempelajari mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran di samping tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Selain itu, juga didedahkan adalah tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan betul serta tatacara untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap di dalam bangunan apabila berlakunya kebakaran di samping lawatan ke Balai Bomba Bandar Seri Begawan dan Unit Operasi Wanita.

    Kursus berkenaan telah dijalankan dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan dan keperluan daripada JBP mengenai situasi wabak COVID.

    Para peserta kursus turut mengadakan lawatan ke Balai Bomba Bandar Seri Begawan.
    Para peserta diajar tatacara menggunakan alat pemadan api dengan betul.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...