120 buah rumah terjejas akibat Taufan Lekima

BAGAN DATUK, 14 OGOS – Sebanyak 120 rumah di mukim Hutan Melintang dan Rungkup, di sini mengalami kerosakan akibat terkena tempias Taufan Lekima, Sabtu lalu.

Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Zaliha Mustafa berkata 80 rumah di Hutan Melintang dan 40 lagi di Rungkup mengalami pelbagai kerosakan termasuk hilang atap selain terdapat struktur kediaman yang runtuh. Katanya, kos kerugian akibat kejadian tersebut dianggarkan berjumlah RM173,300.

“Kita dimaklumkan ada seorang wanita berusia 40an cedera dan sebuah rumah dari 120 buah itu ‘total lost’, keadaannya teruk sekali. – Bernama

Dr Zaliha bersama sebuah keluarga yang rumah mereka musnah akibat taufan Lekima. -Bernama