Thursday, September 19, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    120 pelajar sertai pertandingan pingpong

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Seramai 120 orang pelajar daripada pelbagai sekolah menyertai Pertandingan Pingpong Antara Sekolah Star Hopes 2024 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong pada 2 Ogos dan 4 Ogos.

    Hadir untuk menyaksikan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang dalam pertandingan berkenaan ialah Presiden Persatuan Pingpong Brunei Darussalam (BDTTA), Pengiran Haji Muhammad Noor bin Pengiran Haji Tajuddin.

    Pertandingan itu dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu perseorangan dan berpasukan dengan 3 kumpulan umur mengambil bahagian iaitu Bawah 12 tahun, Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun.

    Dalam kategori Berpasukan Bawah 18 Lelaki, Pasukan CHMS Bandar Team C muncul sebagai Juara dengan Pasukan CHMS Bandar Team A di tempat kedua, Pasukan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah di tempat ketiga dan Pasukan CHMS Bandar Team B di tempat keempat.

    Antara aksi menarik dalam pertandingan itu.

    Pertandingan yang disokong oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Belia dan Sukan dan Persatuan Pingpong Brunei Darussalam (BDTTA) bermatlamat untuk membantu para pelajar membina asas yang kukuh dalam kemahiran teknikal, kecergasan fizikal dan taktik permainan menerusi pengalaman praktikal dan sistem latihan komprehensif, mendidik para pelajar untuk menyelesaikan masalah menerusi kolaborasi dan kerjasama serta membolehkan para pelajar untuk berfikir secara logik dalam perancangan.

    Ia juga bermatlamat untuk mempromosikan kreativiti pelajar dalam menyelesaikan masalah serta meningkatkan kesedaran mereka mengenai pelbagai kaedah untuk mencapai keputusan yang diinginkan.

    Pengiran Haji Muhammad Noor bergambar-ramai dengan para pemenang dalam pertandingan berkenaan.
    Pengiran Haji Muhammad Noor bergambar-ramai dengan para pemenang dalam Kategori Berpasukan Bawah 18 Lelaki. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN STAR HOPES SPORT SOLUTIONS

    Pertandingan itu bukan sahaja meraikan semangat bertanding tetapi ia juga memberikan penekanan kepada pentingnya kerja berpasukan, kreativiti dan penyelesaian masalah di kalangan pelajar.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda