Thursday, February 9, 2023
22.8 C
Brunei

-

124 pelajar baharu mulakan pengajian di PB

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Seramai 124 pelajar baharu pengambilan ke-12 telah memulakan pengajian di Politeknik Brunei (PB) dengan Minggu Orientasi bagi Sesi Januari 2023 Tahun Akademik 2022/2023 yang berlangsung selama empat hari baru-baru ini.

Pemangku Pengarah PB, Lim Kian Boon telah mengucapkan tahniah kepada para pelajar baharu berkenaan dalam ucapannya selaku tetamu kehormat pada hari ketiga orientasi, 19 Januari lalu di Sekolahan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

Menurut beliau, tujuan utama orientasi berkenaan adalah sebagai persediaan pelajar-pelajar menjalani pembelajaran dalam norma baharu.

Majlis berkenaan diteruskan dengan aktiviti-aktiviti kepimpinan dan bengkel-bengkel kerjasama agar dapat menyesuaikan dan memudahkan pelajar-pelajar mengenali rakan-rakan seperjuangan mereka.

Minggu orientasi pada tahun ini diisikan dengan beberapa taklimat, sesi kongsi sama dan aktiviti-aktiviti kerohanian yang dapat membantu para pelajar untuk mengenali PB dengan lebih dekat dan memberikan gambaran kehidupan sebagai pelajar politeknik ini.

Lim Kian Boon bergambar ramai dengan para pelajar baharu di Sekolahan Penerbangan, IBTE.
Antara pelajar baharu yang mengikuti minggu orientasi yang berlangsung baru-baru ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -