125 kes baharu di S’pura

SINGAPURA, 9 JULAI – Singapura mengesahkan tambahan 125 kes lagi dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di republik itu sebanyak 45,423 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan hari ini, 21 daripada kes baharu itu  adalah jangkitan dalam komuniti yang melibatkan empat rakyat tempatan atau pemastautin tetap, manakala 17 lagi pemegang pas kerja.

“Siasatan awal kami mendapati, daripada 21 kes itu, lima merupakan kontak rapat kes terdahulu dan telah dikuarantin. Siasatan untuk kes-kes lain sedang dijalankan,” kata kementerian itu dalam kenyataan. Menurut kenyataan itu, satu kes import turut dilaporkan dan pesakit sudah diletakkan di bawah kuarantin di rumah (SHN) sejurus tiba di Singapura. – Bernama