Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    125 sertai bengkel pengurusan kesihatan mental

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Seramai 125 peserta menyertai Bengkel Pengurusan Kesihatan Mental Menurut Psikospiritual Islam: Atasi Kemurungan, Kuasai Tekanan, anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui gabungan Pejabat Hal Ehwal Alumni, Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri, dan Unit Kaunseling Hal Ehwal pelajar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kelantan (UiTMCK) Malaysia, secara maya, baru-baru ini.

    Hadir pada bengkel tersebut ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad, manakala dari UiTMCK pula ialah Rektornya, Profesor Madya Dr Zulkifli Mohamed.

    Dr Arman dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa bengkel yang diadakan dan melibatkan kerjasama antara UNISSA dan UiTM adalah bagi menumpukan kepada pengurusan kesihatan mental dari sudut pandangan Islam. Ia juga merupakan satu usaha murni kerana setentunya Islam sebagai agama yang syumul mempunyai kaedah penyelesaiannya tersendiri dalam menghadapi perkara berkenaan.

    Sehubungan itu, matlamat bengkel tersebut juga adalah bagi meningkatkan kesedaran dan mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental yang perlu diberikan perhatian sewajarnya, sebagai satu platform untuk membuka minda dan seterusnya membantu semua peserta dan masyarakat dalam mengekalkan rasa positif serta semangat tinggi untuk terus memajukan diri, kerjaya dan kehidupan demi agama, bangsa serta negara.

    Sementara itu, Profesor Madya Dr Zulkifli Mohamed dalam ucapan perasmiannya, berharap agar setiap perbincangan, perkongsian buah fikiran dan hasil kajian sewaktu bengkel berkenaan dapat diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja yang tersusun dan sistematik untuk sama-sama membantu dan menyumbangkan kepakaran masing-masing pada satu medium yang akan memberi impak dan sumbangan kepada sektor kesihatan mental sejagat.

    “Setiap daripada kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan setiap keistimewaan itu jika digabung bersama, Insya-Allah akan menghasilkan satu kolaborasi berimpak tinggi yang mampu menyumbang kembali kepada masyarakat,” tambah beliau.

    Bengkel berkenaan telah diadakan selama dua hari iaitu pada 24 Mei dan berakhir kelmarin, yang melibatkan empat panel pakar dalam bidang pengurusan kesihatan mental bagi menyampaikan bengkel iaitu Dr Sharifah Basirah Syed Muhsin, Awang Abdul Halim Zakaria, Dr Siti Nur Aafifah Hashim dan Haji Ali Yusri bin Abdul Gapor.

    Antara pegawai-pegawai kanan UNISSA dan UiTMCK semasa hadir pada bengkel tersebut secara maya. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...