Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    125 warga MOFA terima pingat kehormatan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Seramai 125 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (MOFA) termasuk pegawai dan kakitangan di pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara telah dikurniakan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi 2018 hingga 2021.

    Berkenan berangkat ke majlis berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador At-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

    Penyampaian pingat-pingat kehormatan kepada para penerima yang berada di dalam negara telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof pada majlis yang berlangsung di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

    Pada majlis itu, seramai 34 orang pegawai dan kakitangan telah menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) manakala seramai 23 orang pegawai dan kakitangan menerima Pingat Kerja Lama (PKL).

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ketika berkenan berangkat ke majlis penyampaian pingat kehormatan itu.
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua menyampaikan pingat kepada salah seorang penerima.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -