1,250 karton rokok pelbagai jenama dirampas

KUCHING, 5 NOV – Sejumlah 1,250 karton rokok pelbagai jenama dengan anggaran RM367,500 dirampas dalam operasi Op Libas selepas serbuan di sebuah rumah di Kampung Beratok, Padawan di sini.

Serbuan kira-kira pukul 1:50 petang semalam dibuat hasil risikan anggota Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) selama dua minggu. – Bernama