Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    126 hadiri latihan kebakaran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Unit Perhubungan Awam dan Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai ABK 579 Yusof bin Haji Ahmad bersama empat orang anggota bomba dan Balai Bomba Pelancaran yang diketuai ABK 3 Sandin bin Jair bersama dua orang anggota bomba dari Cawangan Operasi D mengadakan latihan kebakaran dan pengosongan bangunan sekolah bertempat di Sekolah Rendah Tanjung Kindana, kelmarin.

    Latihan yang dihadiri 126 orang murid dan guru sekolah berkenaan bertujuan memberi pengetahuan kepada warga sekolah mengenai pen-tingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal, tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan sekolah apabila berlakunya kebakaran, mengetahui apa tindakan yang perlu dibuat apabila menghadapi insiden kebakaran di bangunan sekolah dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik serta memastikan bangunan dilengkapi dengan alat pemadam api ringan jenis debu kering 2kg dan selimut api.

    Turut hadir semasa latihan ialah Pemerintah Cawangan Operasi D, Penguasa Kanan Muhd Shahreeni bin Haji Muhd Yussof dan Timbalan Pemerintah, Penguasa Bomba Mohamad Sophian bin Haji Mohd Yusuff.

    Sebahagian pelajar mengambil bahagian dalam latihan kebakaran yang diadakan di Sekolah Rendah Tanjung Kindana, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...