128 sahut cabaran Pertandingan Beyblade

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Seramai 128 pemain Beyblade menyahut cabaran dalam Kategori Terbuka Pertandingan Beyblade anjuran Brunei Beyblade Community (2BC) bersama dengan Games Master yang berlangsung di The Box, Telanai, hari ini.

Pertandingan berkonsep santai yang dianjurkan oleh 2BC kali keempat ini bertujuan untuk mengembangkan lagi permainan ini dalam komuniti, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan penggemar Beyblade negara.

Peserta yang menyertai dalam pertandingan ini berumur antara lima hingga 57 tahun yang meminati permainan Beyblade. Manakala pertandingan untuk kate-gori di bawah umur 15 tahun akan berlangsung esok, di tempat yang sama dan orang ramai serta penggemar Beyblade dialu-alukan untuk menyahut cabaran sekali gus memeriahkan lagi suasana pertandingan ini.

Dua orang peserta bersaing bagi kategori terbuka pertandingan tersebut.
Pertandingan Beyblade dimeriahkan oleh para peserta daripada pelbagai peringkat umur.