MENURUT laporan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) di bawah kawasan Pasifik Barat (WP) 2017, 9.5 peratus golongan dewasa yang berumur 20 hingga 79 tahun adalah mereka yang menghidap penyakit diabetes.
Perkiraan itu bersamaan dengan 158.8 juta penduduk menghidap diabetes. Sekitar 54 peratus penghidap adalah mereka yang tidak didiagnosis. Justeru, dijangkakan penyakit kencing manis akan meningkat kepada 10.3 peratus pada tahun 2045.
Brunei Darussalam merupakan salah sebuah negara yang berkumpul di bawah kawasan WP. Sebanyak 13.8 peratusd dilaporkan menghidap diabetes pada tahun 2017.
Pada tahun 2016, Kementerian Kesihatan melaporkan 12.4 peratus golongan dewasa menghidap penyakit diabetes jumlah itu memperlihatkan peningkatan sebanyak 1.4 peratus pada masa ini. Malah 44 peratus penghidap di kawasan ini terdiri daripada mereka yang tidak menjalani diagnosis.
Ini bermakna bahawa lebih daripada 20,000 penduduk di Brunei Darussalam hidup bersama dengan ‘diabetes’ akan tetapi belum lagi melaporkan diri mereka ke mana-mana pusat kesihatan. Kadang kala mereka langsung tidak mengetahui bahawa mereka telah dihidapi penyakit berkenaan.
Kesan daripada penyakit diabetes melangkaui batas bukan hanya sekadar ketinggian manis di dalam darah. Dalam kalangan golongan dewasa di Brunei, diabetes merupakan penyebab utama kepada buta, penyakit buah pinggang dan juga amputasi. Seterusnya, mereka yang menghidap penyakit diabetes juga akan mengalami dua atau empat kali serangan jantung dan strok. Diabetes tidak dapat dilihat pada peringkat awal. Langsung tidak memperlihatkan simptom-simptom, anda tidak akan merasa sakit langsung. Apabila anda mengetahuinya, mungkin kadang-kala ia sudah terlambat.
Apa dia diabetes?
Secara ringkas dan mudah, diabetes merujuk kepada peredaran darah yang terlalu banyak gula. Gula darah yang juga dikenali sebagai glukos, merupakan sumber tenaga yang penting dan diperlukan untuk tubuh badan manusia. Ia sangat penting di mana hati dan juga buah pinggang mensintesiskan gula darah dengan sendirinya. Akan tetapi, kebanyakan gula darah datang daripada makanan yang kita makan.
Tahap darah glukos biasanya dikekalkan dalam satu tahap, dalam erti kata yang lain, badan kita mempunyai sistem untuk mengawal sebanyak mana glukos dalam peredaran darah di tubuh badan kita. Pusat sistem dalam hormon dipanggil sebagai insulin. Insulin pula dikeluarkan dengan sel-sel islet.
Insulin dipercepatkan dengan penukaran gula darah dan menghantar gula darah kepada otot-otot tubuh badan, hati dan adipos tisu, yang mana akan digunakan sebagai sumber tenaga atau disimpan untuk kegunaan kemudian. Jika insulin rendah, gula darah akan berkumpul dalam saluran darah, menyebabkan penyakit diabetes.
Banyak faktor menyebabkan tahap insulin yang kurang, faktor-faktor ini menentukan bahawa anda mengalami jenis 1, jenis 2, mengandung atau jenis-jenis penyakit diabetes yang lain.
Siapakah yang berisiko tinggi diabetis?
Berikut adalah kumpulan individu yang dicatatkan mengalami darah glukos yang normal akan tetapi berpotensi terhadap risiko diabetes iaitu sejarah keluarga di mana ada keluarga sebelum ini menghidap penyakit diabetes (perhubungan keluarga). Obesiti, terutama sekali mereka yang mempunyai perut yang lebih menonjol. Kemudian, gula darah berada di tahap yang tinggi lebih daripada sekali.
Seterusnya, menunjukkan simptom-simptom penyakit diabetes. Kaum wanita yang telah melahirkan anak damit yang mempunyai keberatan sehingga 8 kilogram. Akhir sekali ialah, tekanan darah tinggi, kolesterol yang tinggi dan merokok.
Apa yang pasti, semua orang berpotensi untuk menghidap diabetes. Tanpa mengamalkan diet yang sempurna, dikawal dan senaman fizikal, mereka akan lebih mudah dijangkiti dengan penyakit ini.
Kawal penggunaan gula secara semula jadi
GlucosCare, Sugar Blocker Herbal Tea merupakan seratus peratus teh herba semula jadi. Ia sangat berkesan untuk mengurangkan penerapan gula di dalam tubuh badan, oleh itu, ada sesetengah gula tidak akan dapat masuk ke dalam peredaran darah. Manusia dan ujian klinik telah sama-sama dilakukan di Singapura dan beberapa buah negara lain dalam usaha mereka memastikan the Glucoscare itu sangat berkesan dan selamat untuk diminum.
Sangat sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes, mereka yang sihat dan mengalami masalah berat badan serta mereka yang terlalu suka memakan makanan manis dan pencuci mulut (termasuk makanan berkanji).
Bagaimana untuk menggunakannya
Ambil satu paket teh segar dan tambah dengan menggunakan air yang panas berukuran 300 milimeter dan rendam selama lima minit sebelum ia diminum. Anda tidak perlu menambah gula ataupun madu. Anda hanya perlu menambah potongan kecil buah lemon atau halia untuk menambah lagi rasa yang lebih hebat. Minum ketika ia masih lagi panas selepas anda makan.