Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 hektar hutan ranap dijilat api

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Satu kejadian kebakaran hutan telah dilaporkan berlaku di kawasan berdekatan Universiti Brunei Darussalam dan kawasan perumahan Kampung Rimba, malam tadi.

    Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran hutan di Simpang 63-26, Jalan 99, Kampung Rimba pada jam 7:49 malam.

    Enam buah jentera dari Balai Bomba Rimba, Berakas, Lambak Kanan, Unit Operasi Wanita dan bantuan daripada Balai Bomba Jerudong telah dikerahkan ke tempat kejadian dengan seramai 28 orang anggota yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’, SSFR Noor Aflan bin Awang Kachi.

    Menurut pihak bomba, apabila anggota mereka tiba di tempat kejadian, api besar telah membakar hutan di kawasan berdekatan UBD dan kawasan perumahan.

    Anggota bomba ketika melakukan kerja-kerja pemadaman api di kawasan berkenaan.

    Keluasan yang terjejas akibat kebakaran adalah lebih kurang 13 hektar di atas tanah kerajaan. Anggota bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua jet hos 64mm ke 38mm (water rely) dari jentera ke jentera dan menggunakan ranting-ranting kayu sebagai pemukul api.

    Pihak bomba dalam kenyataannya juga telah mengeluarkan saranan supaya jangan membuat pembakaran terbuka semasa keadaan cuaca kering, jangan meninggalkan parunan tanpa diawasi dan pastikan api betul-betul padam sebelum meninggalkannya.

    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang ramai hendaklah berhubung terus ke Pusat Gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda