Wednesday, January 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 hilang selepas tapak pembinaan landasan kereta api runtuh di China

    BEIJING, 5 DIS – Penyelamat di selatan China sedang mencari 13 pekerja yang hilang hari ini selepas tapak pembinaan landasan kereta api runtuh di pusat perniagaan Shenzhen.

    Menurut kenyataan biro pengurusan kecemasan, runtuhan berlaku sekitar jam 11 malam kelmarin di tapak pembinaan di salah satu bahagian Landasan Kereta Api Shenzhen-Jiangmen di daerah Bao’an. Laluan itu akan menghubungkan Shenzhen, sebuah pusat teknologi, dan Jiangmen, kedua-dua bandar di wilayah Guangdong yang bersebelahan dengan Hong Kong.

    Penduduk yang tinggal berhampiran telah dipindahkan. Siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan.

    Stesen penyiaran negara CCTV melaporkan bahawa beberapa jalan ditutup semasa operasi tersebut.

    China telah menyaksikan beberapa runtuhan lebuh raya dan jambatan yang mengakibatkan puluhan kematian awal tahun ini. Runtuhan tersebut menimbulkan persoalan mengenai keselamatan infrastruktur jalan raya dan jambatan di China, yang dibina dengan pantas dalam beberapa dekad kebelakangan ini. – AP

    Gambar fail yang dikeluarkan oleh agensi berita Xinhua ini menunjukkan tanah runtuh dilihat di tapak pembinaan di bahagian Kereta Api Shenzhen-Jiangmen di daerah Bao’an di Shenzhen, Wilayah Guangdong di selatan China pada 5 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda