13 kanak-kanak maut dihimpit

NAIROBI, 4 FEB – Sekurang-kurangnya 13 kanak-kanak maut dan puluhan yang lain cedera dalam kejadian rempuhan ketika mereka meninggalkan sekolah rendah mereka di Kenya semalam, kata polis tempatan, dengan penyiasat masih cuba memastikan punca tragedi itu.

Polis telah melancarkan satu siasatan tentang apa yang menyebabkan kanak-kanak berkenaan panik, mendorong kepada kejadian rempuhan pada kira-kira pukul 5:00 petang di sekolah di barat bandar Kakamega.

Selepas kejadian rempuhan, polis mengepung sekolah dan mencatat kenyataan daripada kakitangan perguruan.

Gambar yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan ibu bapa berkumpul di depan wad kecemasan sebuah hospital di bandar, menunggu berita tentang anak mereka.

“Kami kehilangan 13 kanak-kanak dalam insiden rempuhan dan yang lain berada dalam hospital akibat kecederaan,” beritahu ketua polis Kakamega David Kabena kepada wartawan di tempat kejadian.

“Kami telah melancarkan satu siasatan untuk menentukan apa yang berlaku sebenarnya,” tambah beliau.

Salah seorang ibu kanak-kanak menyalahkan pihak guru. – AFP

Seorang bapa duduk bersebelahan anak perempuannya ketika dia menerima rawatan di Hospital Kakamega di barat Kenya, kelmarin. – AFP