13 lagi kesalahan Ops Pulih dikesan

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Kementerian Kesihatan dan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Sebanyak 13 lagi kesalahan pelanggaran arahan Operasi Pulih dikesan bermula 8 malam sehingga 4 pagi ini dan telah dikeluarkan denda kompaun.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media harian hari ini mengongsikan bahawa 10 daripada kesalahan itu merupakan kesalahan melanggar arahan teranah di rumah, dua lagi tidak memiliki aplikasi BruHealth dan satu kesalahan tidak memakai pelitup muka. Manakala dalam kenyataan dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), 10 kesalahan dikesan di Daerah Brunei dan Muara dan tiga lagi di Daerah Tutong.

PPDB bersama agensi penguatkuasaan lain memandang serius pelanggaran arahan dilakukan dan menasihatkan orang ramai tidak bersikap alpa dan mengambil mudah arahan yang diberikan kerajaan. PPDB juga menggesa orang ramai tidak mementingkan diri, sentiasa berwaspada melin-dungi diri sendiri dan kesannya mampu melindungi satu sama yang lain.

Pegawai polis menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kereta semasa Operasi Pulih kelmarin.