13 maut, 25 dikhuatiri terperangkap dalam bangunan runtuh

BHIWANDI, INDIA, 21 SEPT – Kira-kira 13 orang terbunuh manakala 25 lagi dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan kediaman tiga tingkat runtuh sebelum fajar hari ini di barat India, kata para pegawai.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kejadian berlaku di kawasan Bhiwandi yang berjiran dengan bandar kewangan Mumbai, India sekitar 3:40 pagi tadi.

Pekerja kecemasan dari Pasukan Tindakan Bencana Negara (NDRF) menarik keluar 19 mangsa daripada runtuhan termasuk dua lelaki berusia empat dan tujuh tahun.

“Jumlah mereka yang maut adalah 13 orang….operasi menyelamat masih lagi diteruskan,” kata komandan NDRF, Ithape Pandit kepada AFP. – AFP

Para penyelamat menjalankan misi menyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Bhiwandi pada 21 September. – AFP