JAKARTA, 7 FEB – Kra-kira 13 orang maut dan lapan lagi cedera dalam kemalangan bas di wilayah Yogyakarta kelmarin, jurucakap bagi Pejabat Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas), Yusuf Latief memberitahu Xinhua.
Kemalangan berlaku di daerah Bantul kira-kira 1 petang waktu tempatan dan semua mangsa dikejarkan ke tiga buah hospital berhampiran, menurut jurucakap itu.
Sejumlah 40 penumpang berada dalam bas dan mereka merupakan pekerja sebuah firma tekstil yang merancang perjalanan ke destinasi pelancongan Parangtritis di pesisir selatan pulau Jawa, tambahnya.
Ketua polis di Daerah Bantul mengatakan pemandu hilang kawalan bas tersebut apabila ia melepasi sebatang jalan yang tidak rata dan melanggar pengadang di bahagian kanan. Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut, tambahnya. – Xinhua