MAPUTO, 10 Okt – Seramai 13 orang terbunuh kelmarin apabila sebuah bas mini yang mengelak dari pemeriksaan polis terbalik di pusat Mozambique, kata pihak berkuasa.
Kebanyakan mereka mengalami kecederaan dalam insiden di daerah Ulongwe, wilayah Tete, kata polis tempatan.
Mereka yang terkorban termasuk 11 warga Malawi. Dua lagi mangsa datang dari Zimbabwe dan Mozambique. – Xinhua