13 maut dalam nahas jalan raya di Pakistan

ISLAMABAD, 8 Jan – Polis Pakistan berkata 13 orang terkorban dalam perlanggaran antara sebuah kereta dan van penumpang di timur wilayah Punjab.

Pegawai polis Naveed Ahmed berkata hari ini bahawa pemandu kereta bergerak ke laluan bertentangan dalam satu percubaan untuk memotong kenderaan lain namun berlanggar dengan sebuah van penumpang berhampiran bandar Suhawa.

Ahmed berkata sembilan orang cedera, beberapa daripadanya cedera parah.

Kemalangan lalu lintas yang maut sering terjadi di Pakistan, sebahagiannya adalah disebabkan para pemandu yang tidak mengendahkan standard keselamatan dan melanggar undang-undang lalu lintas. – AP