13 maut di Kemboja akibat keracunan

PHNOM PENH, 7 Mei – Sekurang-kurangnya 13 maut dan hampir 150 lain dirawat di hospital di tengah Kemboja selepas minum cecair tercemar, menyalahkan samsu atau air tercemar, menurut jurucakap pegawai kesihatan hari ini.

Kematian bermula 3 Mei lalu, di dua perkampungan di daerah miskin luar bandar, Chet Borey dalam wilayah Kratie.

“Sehingga hari ini, 13 orang telah meninggal dunia,” kata Pengarah Kesihatan Wilayah, Chheang Savutha.

“Kami tidak mengetahui punca insiden. Kami sedang menyiasat,” tambahnya.

Gambar yang diambil pada 6 Mei 2018 menunjukkan para pesakit dirawat di hospital wilayah Kratie akibat meminum air yang tercemar. – AFP

Kementerian Kesihatan berkata, sampel daripada arak beras tempatan menemui paras tinggi metanol, yang boleh menjadi amat toksik.

Namun pihak berkuasa juga menunggu keputusan ujian daripada air minuman.

Kementerian juga memberi amaran kepada penduduk kampung supaya berhenti minum samsu serta menjaga kebersihan makanan dan air. – AFP