ADEN, YAMAN, 22 OGOS – Seramai 13 orang maut manakala 21 cedera akibat dipanah petir di Yaman dalam tempoh 24 jam, lapor Anadolu memetik Agensi Berita SABA, kelmarin.
Media tempatan melaporkan seramai tujuh orang meninggal dunia dan lapan lagi cedera akibat dipanah petir di beberapa kawasan di wilayah Hajjah.
Sementara itu, enam wanita dilaporkan maut dan 13 lagi cedera ketika menghadiri majlis pengebumian di wilayah Amran. – Bernama