Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    13 maut jatuh telaga di India

    NEW DELHI, 17 FEB – Seramai 13 wanita dan kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi ketika meraikan majlis perkahwinan di utara India.

    Pegawai polis kanan, Akhil Kumar, berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang duduk di atas kepingan besi yang digunakan untuk menutup perigi berkenaan.

    Majistret daerah, S Rajalingam, pula berkata penutup perigi terbabit tidak mampu menahan beban semua mangsa yang duduk di atasnya.

    “Mangsa terjatuh dan ditimpa sisa runtuhan,” katanya.

    Sementara itu, Perdana Menteri, Narendra Modi, menyifatkan kejadian itu sebagai satu tragedi.

    “Pihak berkuasa tempatan terbabit akan menyalurkan segala bantuan,” ciapnya di Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...