Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    13 maut kebocoran gas klorin Jordan

    AQABA, JORDAN, 28 JUN – Seramai 13 orang terbunuh, termasuk sekurang-kurangnya empat orang pendatang dari Asia, apabila gas klorin beracun mencurah keluar dari dermaga di pelabuhan Laut Merah Jordan di Aqaba, kata pegawai.

    Lebih 250 orang cedera dalam kemalangan itu kelmarin, di mana 123 daripadanya kekal di hospital hari ini, menurut kemas kini jumlah mangsa.

    Kebanyakannya dirawat kerana kesan pernafasan gas klorin iaitu sejenis agen pembersih biasa yang mempunyai pelbagai kegunaan industri lain dan boleh digunakan sebagai agen senjata kimia.

    Pelabuhan itu beroperasi kembali seperti biasa kelmarin dengan semua dok akan dibuka semula kecuali Dok Empat, di mana pemeriksaan keselamatan lanjut akan dijalankan, kata Menteri Dalam Negeri, Jeneral Mazen al-Faraya.

    “Keadaan di Aqaba kini terkawal,” kata Perdana Menteri Bisher al-Khasawneh kepada televisyen kerajaan selepas melawat pelabuhan itu lewat kelmarin.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Aqaba, Jamal Obeidat menggesa penduduk supaya kekal berada dalam rumah dan menjauhi kawasan berkenaan.

    Manakala pegawai jabatan pelancongan Aqaba, Nidal al-Majali berkata, kekurangan angin kelmarin telah membantu menghalang awan gas merebak di luar pelabuhan – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...