Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 maut pesawat ringan terhempas di Mexico

    BANDARAYA MEXICO, 7 Mei – Sebuah pesawat ringan milik swasta terhempas di kawasan pergunungan terpencil di utara Mexico, mengorbankan kesemua 13 penumpang, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa pada Isnin.

    Pihak berkuasa berjaya menemui bangkai pesawat itu pada Isnin di utara negeri Coahuila dan mengesahkan mengenai angka kematian. Terdahulu media tempatan melaporkan terdapat 14 penumpang dalam pesawat terbabit.

    Pesawat jenis Challenger 601 terputus hubungan pada Ahad petang, ketika melalui Coahuila dalam perjalanan ke bandar Monterrey di utara Mexico dari bandar Las Vegas, Amerika Syarikat.

    Timbalan Setiausaha Perlindungan Awam Coahuila, Francisco Martinez berkata pihak berkuasa menemui pesawat itu kira-kira 305 km ke barat laut bandar Monclova. Punca nahas sedang disiasat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda