SAN JUAN, 22 Sept – Puerto Rico hari ini berdepan banjir berbahaya selepas Taufan Maria membadai pulau itu, ketika jumlah kematian di sana meningkat kepada 13 dan pihak berkuasa menyelamatkan hampir 700 orang dari banjir yang meningkat.
Gabenor Puerto Rico, Ricardo Rossello menggelar Maria ribut paling memusnahkan dalam masa seabad selepas ia memusnahkan infrastruktur telekomunikasi dan elektrik wilayah AS.
“Sebahagian pulau itu kekurangan komunikasi jadi apa yang kami perolehi beberapa penilaian awal tentang 13 kematian pada setakat ini,” ujarnya kepada CNN awal hari ini.
“Kami dalam amaran selepas taufan 24 jam dan pada masa ini usaha kami adalah untuk memastikan semuanya selamat dan menyelamatkan penduduk. Usaha kami sudah pun menyelamatkan 700 orang.”
Pusat Taufan Kebangsaan berkata beberapa kawasan di Puerto Rica telah menerima 40 inci hujan dari Maria dan Rossello memberi amaran kemungkinan lumpur runtuh berbahaya berlaku akibat banjir itu. – AFP
