13 maut ribut tropika landa Iran, Oman

ISTANBUL, 4 OKT – Taufan Tropika Shaheen yang melanda Iran dan Oman meragut sekurang-kurangnya 13 nyawa sejak Sabtu manakala lima nelayan Iran masih hilang.

Pengurusan Kecemasan Oman di Twitter pada Isnin menyatakan seorang mangsa yang hilang ditemukan maut di kawasan Rustaq di selatan wilayah Al-Batinah. 

Hujan lebat yang dicetuskan taufan itu menyebabkan empat kematian, termasuk seorang kanak-kanak pada Ahad, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita Omi.

Dua rakyat Asia turut ditemukan maut dalam kejadian tanah runtuh di zon perindustrian Rusayl di Muscat. Sementara itu, pihak berkuasa penerbangan Oman mengarahkan semua penerbangan ke lapangan terbang Muscat dijadualkan semula. 
Di Iran, agensi berita ICANA melaporkan enam orang maut di pelabuhan Chabahar di wilayah Sistan dan di Balochistan.

Agensi berita IRNA pula melaporkan lima nelayan hilang selepas bot mereka terkena serpihan batu. – Bernama

Kenderaanmelaluijalan yang dibanjiri air selepastaufanShaheenmelandabandar al-Mussanah, 4 Okt. –AFP