13 monyet rentung di taman safari
LONDON, 2 Jan – Para pegawai berkata 13 ekor monyet telah mati dalam kebakaran di taman safari di England. Kebakaran berlaku awal pagi tadi di rumah monyet di Taman Safari Woburn, terletak 50 batu (80km) utara London. Seorang jurucakap berkata kakitangan dan anggota bomba berkejar ke tempat kejadian namun 13 monyet berkenaan tidak dapat diselamatkan.


































