13 mualaf tamat Kursus Skim Bimbingan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 23 JUN – Seramai 13 orang saudara baharu di Daerah Belait telah berjaya menamatkan Kursus Skim Bimbingan Lanjutan I bagi Mualaf Lelaki siri ke-103 yang berjalan selama dua minggu dan diraikan dalam majlis penutup yang berlangsung kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Dayang Zikrinaidah binti Haji Mat Dikir. Selain penyampaian sijil kepada saudara-saudara baharu, majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada tiga peserta yang mencatat markah ter-tinggi dalam pe-periksaan yang dijalankan iaitu Awang Muhammad Hafizuddin bin Muhammad Johara @ Iswandi bin Johara di tempat pertama, Awang Muhammad Zainal Arrifin bin Abdullah [email protected] Jinal anak Mangau di tempat kedua dan Awang Azharuddin bin Muhammad Nasiruddin di tempat ketiga.

Dengan menamatkan kursus tersebut, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) Daerh Belait berharap bahawa saudara-saudara baharu berkenaan akan terus mendapatkan bimbingan daripada PDI serta masjid-masjid dan surau.

Saudara-saudara baharu di Daerah Belait semasa menyertai dalam kelas bimbingan berkenaan. – Gambar serahan PDI Belait Belait