Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    13 mualaf terima sijil

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Seramai 13 orang mualaf lelaki telah berjaya mengikuti Skim Bimbingan Asas Muallaf Siri ke-197 telah menerima sijil masing-masing pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Mau’izzah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI, Haji Ahmad Abdussalam @ Erman bin Haji Abdul Rahman.Skim tersebut diadakan sebagai usaha menjaga dan memelihara kemaslahatan mualaf yang mana PDI telah menyediakan beberapa program bimbingan khusus untuk mualaf seperti Bimbingan Pengenalan Islam, Bimbingan Bergerak, Skim Bimbingan Asas (Melayu), Skim Bimbingan Asas (Inggeris), Skim Bimbingan Lanjutan serta Skim Bimbingan Lanjutan II.

    Selain itu, para mualaf juga boleh mengikuti Kelas Bimbingan Mualaf pada setiap Jumaat bagi Daerah Brunei dan Muara, manakala bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong mengikut jadual yang telah disediakan.

    Antara objektif skim berkenaan adalah untuk memberi bimbingan kepada mualaf dalam menghalusi dan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan agama Islam terutama dalam bidang akidah, ibadah dan akhlak.

    Skim yang berlangsung selama 14 hari bermula pada 17 Januari hingga 2 Februari itu diisi dengan asas Fardu Ain dan Kifayah iaitu Iqra, Hafalan, Tauhid, Fiqh, Praktikal Ibadat, Sejarah Islam, Makanan dalam Islam, Akhlak Islam, Kebersihan dan Praktikal Penyembelihan.

    Majlis anjuran PDI melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) itu turut menyaksikan tayangan video kegiatan peserta Skim Bimbingan Asas Muallaf sepanjang tempoh dua minggu.

    Salah seorang peserta skim menerima sijil daripada tetamu kehormat majlis.
    Gambar ramai peserta bersama tetamu kehormat dan tetamu yang lain.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...