Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 murid diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran

    Oleh HM Yusof

     

    TUTONG, 3 Okt – Seramai 13 orang dari Sekolah Ugama Pengiran Muda Mahkota, Kuala Tutong baru-baru ini telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6 yang diadakan di sekolah berkenaan, di sini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Imam Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Kampung Sengkarai, Haji Mohd Deli bin Haji Raya.

    Majlis berkenaan diadakan bertujuan untuk memberi dorongan dan galakan kepada murid-murid sekolah berkenaan untuk terus berusaha mempelajari serta menghayati Al-Quran sehingga mereka tamat khatam 30 Juzuk Al-Quran sebelum mereka menamatkan persekolahan agama mereka agar mereka akan terus mendampingi Al-Quran sebagai bacaan harian.

    Selain itu juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihak sekolah dan ibu bapa murid.

    Gambar kenangan murid-murid khatam dengan tetamu kehormat dan guru-guru serta jemputan lain.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda