Sunday, March 26, 2023
24.5 C
Brunei

-

13 pelajar alami situasi perniagaan sebenar

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Bagi mendedahkan para pelajar kepada situasi pernia-gaan sebenar, seramai 13 pelajar peringkat ijazah sarjana muda Kolej IGS (KIGS) dari Fakulti Perniagaan telah menganjurkan acara pertamanya sejak penularan wabak COVID-19 yang dinamakan Kiulap Fest.

Hadir sebagai tetamu kehormat dan bagi merasmikan pelancaran acara tersebut ialah Pengarah Urusan Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA), Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif KIGS, Dr Haji Azaharaini bin Haji Jamil.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pensyarah Fakulti Pengajian Am, Awang Nordin Ajmain diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Perhubungan Awam Kolej IGS, Haji Hasnul bin Haji Hamdani.

Acara tersebut berfungsi sebagai penilaian praktikal modul Pengurusan Acara yang diselia oleh Senthilkumar dari Fakulti Perniagaan.

Antara kerjasama lain dalam acara tersebut ialah Projek Bina Ukhwah (PBU) dan Pusat KACA Pengiran Isteri Hajjah Mariam Persatuan Kanak-kanak Cacat.

Sebanyak 10 peratus keuntungan daripada acara tersebut akan didermakan kepada KACA supaya mereka boleh hidup berdikari dan menyambung pelajaran di sekolah rendah kerajaan. Sementara itu, PBU sedang mengumpul keperluan asas untuk keluarga yang kurang berkemampuan menjelang bulan Ramadan yang akan datang.

Haji Awang Abdul Alim semasa merasmikan acara tersebut.
Haji Awang Abdul Alim bergambar ramai semasa acara berkenaan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -