Thursday, December 8, 2022
24.7 C
Brunei

-

13 pelajar UNISSA sertai program pertukaran pelajar ke Malaysia

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Seramai 13 pelajar daripada jurusan Sarjana Muda Sains Halal, Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berlepas ke Malaysia, baru-baru ini, bagi mengikuti program pertukaran pelajar selama enam bulan.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, berserta pensyarah yang lain.

Daripada jumlah pelajar berkenaan, lima akan mengikuti program Bachelor of Halal Quality Assurance di Faculty of Health & Life Sciences, Management and Science University (MSU), Shah Alam.

Manakala itu, lapan orang pelajar lagi akan mengikuti pengajian dalam program Bachelor in Contemporary Islamic Studies di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia (cawangan Shah Alam).

Sejak penubuhannya, UNISSA bergiat aktif dalam program-program pengantarabangsaan melalui kerjasama penyelidikan, persidangan, seminar dan juga pertukaran pelajar bersama universiti di rantau ASEAN dan antarabangsa.

Sehubungan itu, program pertukaran pelajar adalah salah satu usaha di bawah program pengantarabangsaan yang amat memberi manfaat kepada para pelajar dari segi peningkatan pengetahuan, pendedahan dan juga pengalaman terutama sekali dalam industri halal.

Ia juga diharap akan menjadi platform untuk pelajar menimba ilmu baharu bahkan berkongsi ilmu pengetahuan dan pandangan dengan pelajar luar negara dan secara tidak langsung mempromosikan kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh kedua-dua buah
negara.

Pengiran Dr Hajah Norkhairiah bergambar ramai bersama rombongan pelajar UNISSA yang mengikuti program pertukaran berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar serahan UNISSA
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -