Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    13 pelajar UNISSA tamat program pertukaran pelajar

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), baru-baru ini, telah menghadiri majlis penutup program pertukaran pelajar yang diadakan oleh Universitas Darussalam (UNIDA) Gontor, Indonesia secara maya bagi menandakan berakhirnya Program Pertukaran Pelajar UNISSA ke Universitas Darussalam Gontor, Indonesia.

    Seramai 13 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Fakulti Bahasa Arab, UNISSA telah berjaya menamatkan pengajian mereka dalam Program Studi Pendidikan Bahasa Arab, Fakultas Tarbiyah, UNIDA secara dalam talian selama 14 minggu mulai 11 Januari lalu.

    Pada majlis itu, mahasiswa dan mahasiswi telah diberikan peluang untuk mengongsikan pengalaman masing-masing sepanjang mengikuti pengajian di samping tayangan video mengenai salah satu tugasan yang telah dihasilkan oleh mahasiswa UNISSA.

    Selain itu, majlis juga diisikan dengan pengumuman tiga orang pelajar cemerlang secara keseluruhan dalam program tersebut dan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar berkenaan secara maya.

    Penolong Rektor (Akademik) UNISSA, Prof Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad yang juga selaku dekan Fakulti Bahasa Arab dalam ucapannya menyatakan rasa penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen pihak UNIDA dalam menjayakan Program Pertukaran Pelajar UNISSA.

    Ia merupakan kerjasama pertama bagi Program Pertukaran Pelajar di antara UNISSA dan UNIDA.

    Beliau juga menyatakan rasa gembira atas peningkatan kemahiran Bahasa Arab dan keyakinan diri dalam diri pelajar yang nampak ditonjolkan pada hari penutup berkenaan.

    Manakala wakil Rektor (Akademik) UNIDA, Dr Abdul Hafiz bin Zaid dalam ucapan balasnya menyatakan rasa gembira atas penglibatan dan komitmen pelajar UNISSA dalam mengikuti pengajian mereka di UNIDA walaupun secara dalam talian.

    Beliau berharap dengan tercapainya program pertukaran pelajar UNISSA ke UNIDA buat pertama kalinya itu akan membuka jalan dan peluang untuk pelajar UNISSA yang lain untuk terus menyertai program tersebut pada masa hadapan.

    Majlis penutup program pertukaran pelajar yang diadakan oleh UNIDA itu berlangsung secara maya, baru-baru ini. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...