13 pelancong China maut,bas terjunam ke gaung

BANGKOK, 20 OGOS – Kira-kira 13 pelancong China terbunuh manakala puluhan cedera apabila bas mereka tergelincir dari jalan lalu terjunam 30 meter ke gaung di Laos, kata pegawai polis hari ini.

Bas itu membawa lebih 40 warga China yang menuju ke arah bandar pelancongan Luang Prabang apabila kemalangan itu berlaku lewat kelmarin.

“Setakat ini, 13 mayat telah ditemui…sementara dua lagi masih hilang,” kata pegawai polis Xaiyaphon Chitavong kepada AFP, menyalahkan kegagalan brek atas kemalangan itu. Tambahnya lagi, seramai 31 penumpang yang cedera sudah menerima rawatan perubatan.

Media tempatan China yang melaporkan kejadian itu, turut menyiarkan gambar anggota penyelamat sedang meredah banjir di kawasan kemalangan berkenaan. – AFP