Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    13 pendatang ditahan cuba menyusup masuk Tawau

    TAWAU, 4 OKT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan 13 pendatang tanpa izin dipercayai warga Indonesia menyusup masuk ke negara ini apabila kesemua mereka ditahan di perairan Tawau kira-kira 1.2 batu nautika barat dari jeti pelabuhan di sini, semalam.

    Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata pendatang tanpa izin terdiri daripada lelaki berusia antara 18 hingga 61 tahun itu ditahan pada 10:30 pagi selepas pihaknya mengesan sebuah bot bergerak laju dalam keadaan mencurigakan dari arah Pulau Sebatik ke Tawau.

    “Pasukan APMM yang menjalankan tugas operasi mengejar bot berkenaan untuk tujuan pemeriksaan. Bagaimanapun, juragan bot bertindak terjun laut meninggalkan penumpang bot untuk melarikan diri.

    Tindakan pantas anggota bertugas berjaya menangkap juragan berkenaan selain menahan 12 penumpang, dan didapati kesemua mereka tidak memiliki pengenalan diri yang sah dan masuk ke negara ini secara haram, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...