Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    13 perompak bank berjaya ditahan

    TEHRAN, 10 JUN – Pihak berkuasa Iran hari ini berkata mereka berjaya menahan 13 orang perompak yang menceroboh ke bilik kebal bank negara di Tehran dari bangunan bersebelahan dan merompak 168 buah peti simpanan.

    Pendakwa raya Tehran, Ali Salehi berkata tiga daripada perompak ditangkap di luar negara yang tidak didedahkan, sementara selebihnya ditahan di ibu kota dan utara Iran, menurut laporan agensi berita IRNA.

    Sebuah kereta mengandungi barang yang dicuri ditemui ditinggalkan di Lapangan Terbang Imam Khomeini, tambah laporan.

    Rakaman video menunjukkan barang kemas, syiling emas dan wang tunai disusun di atas meja. – AP

    Gambar diterbitkan oleh agensi berita ISNA menunjukkan lelaki-lelaki yang ditahan oleh polis yang didakwa merompak sebuah bank di Tehran.– AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...