13 sindiket dadah dihukum mati

BANDUNG, INDONESIA, 7 APRIL – Indonesia telah menjatuhkan hukuman mati ke atas sekumpulan pengedar dadah termasuk pasangan Iran dan seorang lelaki Pakistan, kata pejabat pendakwa raya.

Seramai 13 suspek – tiga warga Iran, seorang Pakistan dan sembilan Indonesia – dihukum mati menggunakan skuad penembakan atas kegiatan menyeludup sekitar 400kg methamphetamine, menurut pihak berkuasa.

Keputusan itu diumumkan menerusi sidang video lewat kelmarin di bandar Sukabumi Jawa Barat, di tempat anggota sindiket dadah itu ditangkap pada Jun lalu semasa sekatan COVID-19. – AFP